Pernahkah kita terfikir, apakah amalan yang dapat membimbing kita menuju syurga Allah SWT? Sepuluh ayat pertama surah al-Mu’minuun mengandungi panduan berharga untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat. E-buku ini mengupas enam amalan utama orang beriman, iaitu khusyuk dalam solat, meninggalkan perkara sia-sia, menunaikan zakat, menjaga kehormatan diri, memelihara amanah dan menepati janji serta menjaga solat sebaik-baiknya. Dilengkapi terjemahan al-Quran, ulasan yang menyentuh jiwa, ilustrasi komik santai dan teknik mudah ingat SYURGA, e-buku ini mengajak pembaca bermuhasabah serta memperbaiki diri. Semoga setiap halaman menjadi panduan untuk meraih keredaan Allah SWT dan nikmat syurga Firdaus yang abadi.